Thursday, May 21, 2009

Wadah Dakwah Zaman Milenium

Assalamualikum WTH

Hari ini Jumaat 22 Mei 2009,sejarah dicatatkan dengan pelancaran blog Masjid al Qaimah Kg Sesa Ulu Merapok.Moga hari Jumaat yang menjadi penghulu segala hari akan melimpahkan fadhilatnya,keistimewaannya,keberkatannya untuk blog masjid al Qaimah.Ini doa dan harapan kita.Yang jelas dan tak salah untuk berbangga apabila blog masjid ini adalah yang pertama seumpamanya di bumi Lawas.Maka perbanggaan ini bukan kerana ianya adalah yang pertama tetapi lebih besar daripada itu adalah keazaman kita untuk menggunakan wadah blog sebaik mungkin sebagai medium alternatif dakwah mendidik anak-anak qaryah mahupun diluar qaryah.Ianya sebagai isyarat bahawa umat islam sentiasa peka dan berada dalam arus perdana perubahan dunia tidak lain tidak bukan kerana hal tersebut adalah digalakkan oleh Islam.Umat Islam tidak jumud kerana Islam menentang kejumudan dan ketaksuban.Islam menekankan kesederhanaan dan Islam amat mementingkan kejayaan.bersambung............

No comments:

Post a Comment